UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Unit Pengaduan Awam NSDK, 447, Tingkat Bawah, Jalan Tun Dr. Ismail, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telefon : 06-7659028 / 06-7659029 / 06-7659031
Laman Web : www.spans.gov.my

Fax : 06-7674322
E-mel : upans@ns.gov.my


PERKHIDMATAN

 

Setiap organisasi yang sentiasa berurusan atau memberikan perkhidmatan kepada orang ramai akan menerima pelbagai jenis maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pujian, pertanyaan dan teguran. Maklumbalas ini biasanya di salurkan melalui secara bersemuka, telefon, SMS, email, internet dan media.

Oleh itu, keperluan mengadakan suatu aplikasi khusus bagi membolehkan pengurusan dan pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik amat penting. Inisiatif mengadakan aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan orang awam bagi mencermin perkhidmatan mesra pelanggan.




Seterusnya aduan atau maklumbalas ini akan dikumpul dan disalurkan kepada organisasi yang melanggan melalui perkhidmatan Portal SPANS. Pekhidmatan ini membolehkan orang awam menyampaikan aduan atau maklumbalas dengan mudah melalui portal yang khusus kepada organisasi yang terlibat. Portal ini seterusnya memudahkan orang ramai kerana hanya perlu mengingati satu portal pengaduan sahaja.




 


Aduan BaruSemakan StatusIndeks Kepuasan PelangganTatacara Aduan SMSLogin



 

Hakcipta Terpelihara © 2007-2012 Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Negeri Sembilan