Iltizam kami adalah untuk:
Menjadikan UPANS sebagai pusat utama Pengendalian Aduan Awam Kerajaan Negeri Sembilan.
Kami berjanji akan,
- memberi perkhidmatan yang cekap, profesional dan berkualiti.
- melayan setiap pengadu yang hadir dikaunter pengaduan dalam masa 5 (lima) minit setelah kehadiran mereka
- menerima setiap aduan orang ramai tanpa prasangka
- mengeluarkan serta-merta Surat Perakuan Terima setiap aduan yang diterima dari orang ramai.
- mengambil tindakan segera dengan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Sembilan berkenaan aduan yang memerlukan semakan atau siasatan dengan tidak melebihi 14 hari daripada tarikh aduan diterima.
- memantau tindakan pembetulan dan penyelesaian aduan yang diambil oleh Jabatan-jabatan/Agensi-agensi Negeri dengan adil dan saksama.
- memberitahu pengadu tentang kedudukan siasatan aduannya sekurang-kurangnya dalam masa 30 hari sehingga aduan dapat diselesaikan.
- memaklumkan keputusan penyelesaian siasatan atau semakan aduan kepada pengadu tidak melebihi 7 (tujuh) hari setelah keputusan dibuat.
- melapor dan memperakukan hasil siasatan mengenai pengaduan-pengaduan itu kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri/EXCO selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengaduan Awam Negeri Sembilan.
- menyampaikan keputusan Jawatankuasa Pengaduan Awam Negeri dan arahan-arahan YB Setiausaha Kerajaan Negeri/EXCO kepada kepada Jabatan-jabatan/Agensi-agensi Negeri untuk mengambil tindakan susulan seterusnya.