UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Unit Pengaduan Awam NSDK, 447, Tingkat Bawah, Jalan Tun Dr. Ismail, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telefon : 06-7659028 / 06-7659029 / 06-7659031
Laman Web : www.spans.gov.my

Fax : 06-7674322
E-mel : upans@ns.gov.my


SOALAN LAZIM
Soalan Lazim

Apakah Portal SPANS?
Portal SPANS adalah portal rasmi Pengaduan Awam Negeri Sembilan yang dikawalselia oleh Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan (UPANS). Portal SPANS menawarkan perkhidmatan pengurusan aduan atau maklumbalas secara dalam talian. Portal SPANS disediakan bagi memudahkan orang ramai menyampaikan sebarang permasalahan mereka secara online menerusi internet. Semua masalah yang diterima akan disampaikan juga secara online kepada organisasi pelaksana yang berkaitan.

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan Portal SPANS?
Untuk orang ramai tidak perlu.

Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan perkhidmatan Portal SPANS?
Penggunaan Portal SPANS adalah percuma kepada semua.

Perlukah saya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memasuki Portal SPANS?
Anda tidak perlu mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk menggunakan Portal SPANS.

Apakah kelebihan penggunaan Portal SPANS?
Melalui penggunaan Portal SPANS aduan orang ramai boleh disalurkan secara elektronik kepada organisasi yang terlibat menerusi satu portal sahaja.

Bagaimanakah cara-cara mendaftar aduan melalui Portal SPANS?
Aduan boleh didaftar dengan mengisi borang online yang disediakan. Aduan berkenaan seterusnya akan dihantar secara elektronik kepada organisasi yang berkaitan.

Selain dari Portal SPANS wujudkah kaedah lain yang boleh saya gunakan untuk melaporkan aduan?
Aduan boleh dimaklumkan menerusi pelbagai saluran SPANS klik disini untuk maklumat lanjut.

Adakah butir-butir aduan dirahsiakan?
Ya. Semua butiran aduan akan dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai, hanya pihak UPANS dan pelaksana di organisasi terlibat sahaja yang mengetahuinya.

Adakah Portal SPANS menyediakan perkhidmatan 24 jam?
Ya. Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan Portal SPANS tanpa batasan waktu dan sempadan.

Adakah sesuatu aduan itu akan diberikan nombor rujukan?
Ya. Semua aduan akan diberi nombor rujukan aduan yang unik.

Bagaimana caranya menyemak status aduan?
Orang ramai yang telah mendaftar aduan mereka menerusi Portal SPANS boleh menyemak atau mengetahui kedudukan status perlaksanaan secara dalam talian dengan memasukkan nombor rujukan aduan bersama butiran sokongan kedua seperti no. Kad Pengenalan, nombor telefon atau alamat e-mel. Butiran sokongan kedua hendaklah didaftarkan semasa pendaftaran aduan asal.

Bolehkah status aduan itu dihantar melalui email?
Ya. Pengadu boleh mendapat kedudukan status perlaksanaan aduan mereka menerusi e-mel sekiranya butiran e-mel didaftar semasa pendaftaran aduan asal.

Adakah cara lain yang boleh dilakukan untuk membuat aduan selain daripada menerusi SPANS?
Sekiranya perlu orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam disebarang organisasi yang terlibat dengan Portal SPANS melalui telefon fax dan sebagainya, klik disini untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah cara-cara untuk menjadi pengguna berdaftar Portal SPANS?
Sebarang permohonan untuk menjadi Pengguna berdaftar Portal SPANS hendaklah dimajukan terus kepada System Administrator Portal SPANS.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya lupa ID Pengguna dan Katalaluan saya?
Pengguna berdaftar boleh mendapatkan semula kata laluan dengan menghubungi terus System Administrator Portal SPANS.


 

 


Aduan BaruSemakan StatusIndeks Kepuasan PelangganTatacara Aduan SMSLogin



 

Hakcipta Terpelihara © 2007-2010 Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Negeri Sembilan